Saturday, November 26, 2011

Berlagu dengan Peri

Gua capai gitar, gua petik tali tekan kord lagu Rupa Tanpa wajah. Sebuah lagu lama yang memang tiada banding kepowerannya nyanyian M. Nasir. M. Masir waktu ni masih lagi dengan kumpulan Kembara. Sebuah kumpulan yang tiada banding juga kepowerannya pada waktu itu. Tapi, waktu sekarang, budak-budak zaman facebook ni, jarang sangat tahu lagu ni. Diorang lebih into kepada lagu-lagu k-pop. K-pop ni bukan budaya barat, tapi budaya timur, jadi mak ayah tak risau sangat tengok anak terkinja-kinja melompat menari. Asia untuk Asia, apa masalahnya. Bagi gua ada eloknya budak-budak ni follow k-pop daripada mereka follow Justin Bibir. Eloknya sebab semenyampah gua tengok K-pop menyampah lagi gua tengok budak Justin ni. Bukan gua seorang yang kata, tapi ramai juga yang kata. Dalam ramai-ramai yang kata tu, yang ramainya lelaki la. Maybe diorang jeles dengan budak-budak K-pop dan Justin yang cute ni. Tapi bila keluar lagu Girls Generations ke, layan pula diorang. Bukan diorang je, gua pon kekadang.

Balik kepada Rupa Tanpa Wajah. Masa gua tengah tarik part korus :

"Rupa tanpa wajah
Bermain di mata
Berjalan tanpa ikut haluan
Wajah pura-pura
Bertopengkan wira
Menari tanpa ikut irama."

Tiba-tiba.

Tiba-tiba Peri Cinta tegur. "Buat lagu ke bang?"

Gua kalau bersembang dengan peri cinta memang tak pernah nak jatuh. Gua jawab "a,a, tengah tulis lagu 2,3 baris. Macam ni lah kerja orang tak ada kerja."

"perghhh" Peri Cinta mengeperghhh tanda kagum.

Gua tahu, Peri Cinta memang hari-hari layan k-pop. Jadi, kalau gua kencing tengah tulis lagu ni kompem dia percaya. kahkahkah

"kenapa kau tulis lagu ni..?"

"aku tulis lagu ni sebab aku...macam nak memberitahu perasaan aku terhadap perempuan yang aku rasa aku ada perasaan terhadapnya."

"awek sweet..?"

"bukan awek sweet, tapi awek orang. "

"kau yakin ke bila kau cipta lagu ni, awek orang akan suka kau...?'

"tak yakin, sebab aku rasa dia tak suka aku."

"jadi ni usaha kau untuk dia suka..?"

"tak juga. Aku suka dekat dia, kemudian, kalau dia nak suka dekat aku balik, itu benda yang dia kena usaha, bukan aku kena usaha."

"habis tu kenapa kau buat benda ni..?'

"untuk mendokumentasikan perasaan aku."

"kau nak mendokumentasikan untuk apa, semua dah didokumentasikan dalam diri kau."

Nak bagi nampak lebih real lagi, gua masukkan kata-kata jiwang supaya Peri lebih percaya. Gua terus sambung menyanyi sampai habis.

"dah siap ke lagunya?"

"Dah siap dah. Benda semua dah ada dalam hati, cuma nak transfer jadi lagu jer."

Peri menggelang kepala "parah betul ko sekarang ni?"

Gua gelak.

"habis tu, Awek Sweet?"

Mood menyanyi gua tiba-tiba hilang. Celaka punya Peri tanya soalan bukan-bukan.


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia

Ya, gua tak nak bagi tau sebab semua orang dah tau Malaysia menang pingat emas bola sepak Sukan Sea 2011. Pasal bola ni gua tak nak cerita panjang sebabnya Malaysia dah banyak kali kot menang pingat emas Sukan Sea dan banyak kali kot Malaysia tak layak ke Piala Asia. Jadi bagi gua, kemenangan Malaysia malam tadi, tidak lebih kepada kemenangan moral kita semua sebagai rakyat Malaysia ke atas rakyat Indonesia yang bangang tapi segelintirnya tidak. Tidak lebih daripada itu. Tidak lebih.

Apa.? Kebangkitan.? Sweet nightmare to you lah.

Tahniah kepada pasukan Malaysia.

Orang bersorak goollllll, gua bersorak goallllllllll, orang lompat, gua lompat bintang. Yang muda-muda lari lintang pukang, pom pam pom pam baling mercun, yang kecik-kecik naik basikal angkat tayar depan. Happening gila babi ah.

Dalam gua bersorak riang, sebenarnya dalam lagi gua berduka.

Masa Asra jaringkan gol gua tak tau nak peluk siapa, masa Fakri buat silap bodoh gua tak tau nak pukul siapa dan gua tak tau nak tuju bodoh kat siapa. Gua sebenarnya rindukan mamat ni, yang selalu temankan gua tengok bola. Kadang-kadang sampai ke Jepun pun dia follow. Time game-game penting macam ni la dia takde dengan gua.

Tapi sempat juga dia Sms gua, baik punya dia kutuk Fakri.

Sunday, November 20, 2011

Ayam Penyek Kampung Padang Jawa

Malam ni ada 2,3 member ajak keluar makan makanan Indonesia. Ambil fell sukan sea katanya. Tidak la sampai ke Indonesia, tapi jauh la juga, ke Shah Alam sana. Kedai nasi ayam penyek, Kampung Padang Jawa.

Lama dah gua dengar pasal ayam penyek ni. Ada yang bercerita sampai ummpphhh..!! kat gua. Kalau dah ummmpphh..!! tu, memang gua tak akan ambil mudah, satu hari gua kena pekena juga ayam penyek ni. Jadi, malam ni rezeki gua, mana tau malam-malam seterusnya rezeki korang pula.

Sampai sana. gua tengok keadaan kedai makan tu biasa-biasa je, macam kedai kampung biasa. Tapi nama ayam penyek dia boleh sampai ke Petaling Jaya ni, gua rasa kelebihannya memang terletak pada rasa ayam penyek itu sendiri.

Kami order ayam penyek. Selain lauk ayam penyek korang boleh juga order ikan keli atau daging. Sampai je ayam penyek atas meja, gua dah mula naik hairan. Ayam yang sampai tu gua tengok sama macam ayam goreng biasa gua makan sebelum ni. Tak dipenyek pon. Belum sempat gua sound makcik yang hantar ayam tu, member gua yang sorang ni pun kata "ayam penyek memang macam ni, mana ada penyek-penyek, aku pon tak tau ayam penyek ni dapat nama dari mana".

Kahkahkah, gua gelak dan tak fikir panjang, gua makan sebab lapar satu hari suntuk ni gua belum kena nasi. Rasanya memang ummmphhh..!!!. Rasa standart-standart rasa kampung memang kena dengan perut gua sebab tak ada rasa mamak.

Dalam sedap-sedap layan ayam penyek, makcik hantar makanan lalu sebelah hantar makanan kat meja sebelah.

"Meat ball..!!", kata gua.

Member gua yang sorang lagi pun sound, "bakso tu." Kahkahkah, meat ball tu bakso rupanya.

Kami pun terus sembang pasal makanan Indonesia. "blablablablabla" bersungguh betul member gua bercerita. "blablablablabla, perut ayam". Gua tersentak.

Ya, perut ayam. Satay perut ayam. kahkahkah. Member gua hairan tengok gua hairan bila dia sebut perut ayam.

Dia sambung bercerita " perut ayam sedap kot, kalau kau pergi Kota Bharu memang banyak orang jual perut ayam, kat Besut tu (Besut, kampung gua) bulan puasa memang laku la perut ayam percik.

Berselera betul dia cerita dan meloya gila babi gua dengarnya. 22 tahun gua hidup, 1st time gua tahu, ramai orang makan perut ayam. Gua fikir perut lembu je.

Rupanya gua ni banyak lagi kena belajar pasal makanan. Itu belum lagi gua cerita, Raya Haji baru-baru ni ada satu member cerita kat gua " sebesar sekor lembu tu, tanduk, tengkorak dengan bulu je orang tak makan, mata, hidung, limpa mahupun kemaluannya, semua orang makan". Meloya lagi.

Tahun depan gua ingat nak buat satu projek. Projek jalan-jalan cari makanan yang gua belum pernah makan. Selain Indonesia, gua mungkin akan luaskan projek ni sampai ke Thailand.


Saturday, November 19, 2011

Cinta Si Pengembala Kambing

Di sebuah daerah di selatan India berdekatan dengan tanah Himalaya yang menjadi rebutan di antara India dan Pakistan. Rebutan yang telah membawa kepada perang saudara yang berlanjutan sejak berpuluh tahun dahulu.

Di daerah tersebut (saya lupa nama daerah itu), tempat bertemunya sepasang kekasih Mohan dan Rani atau nama penuhnya Ranjhini. Kisah pertemuan yang telah lama, berpuluh tahun lamanya.

(Indahnya kisah pertemuan berputik cinta antara mereka tidak mahu saya ceritakan kerana saya rasa kisah cinta zaman dulu-dulu sudah tidak diminati oleh manusia zaman facebook. Yeah, you know that, kisah pertemuan ketika seorang wanita sedang bersiar-siar tatkala memandang seorang lelaki gagah perkasa dengan hanya berkain pelikat menghalau kambingnya masuk kekandang di sebuah lereng bukit terus jatuh cinta. What the hell man, come on lah).

Pada hari ini, Rani kembali ke tempat yang sama, di lereng bukit tersebut dengan niat untuk bertemu Mohan buat kali yang terakhir.

Mohan : nehe akhleke yadi me karege.

Rani : pyar tahum ne pyar, pyar.

Mohan : thum se jahiye na karan le. Ma pyar kahum te kalige..

Rani : No!! (sekali sekala Rani speaking). tum he ma jaenge na kahum.

Mohan tidak boleh menerima hakikat bahawa Rani terpaksa berpindah ke United Kingdom kerana mahu tinggal bersama-sama anaknya di sana setelah kematian suaminya. Ya betul, cinta Rani dan Mohan tidak ke jinjang pelamin kerana cinta mereka dihalang oleh kedua orang tua Rani. Yeah, you know that (sekali lagi), kisah cinta hindustan yang dihalang oleh orang tua.

Mohan : please Rani please. tum na kaho te kari na kaho. may na kaho 25 years ne pyar.

Rani : please Mohan. stop!!!. to pyar dil se Rohit meree kuch na ta ho .

Mohan : kya kyar kahu.

Rani : na..

Selama 25 tahun Mohan hidup dalam keadaan menderita kerana menunggu Rani hadir kembali dalam hidupnya. Selama 25 tahun juga Mohan merasai penderitaan Rani hidup disamping suami yang dia sendiri tidak cintai walaupun berjaya melahirkan seorang zuriat bernama Rohit yang kini menetap di UK daripada hasil pernikahannya itu.

Mohan menggelengkan kepala, sambil cuba memegang tangan Rani yang berpaling dan bersedia untuk meneruni lereng bukit.

Rani : to pyar kahu, me na kya kare.

Mohan menggelengkan kepala.

Mohan : Rani.!!

Rani tidak peduli dan terus menuruni bukit itu sambil matanya terpejam.

Mohan jatuh melutut dan salji mengapas mula menurun menandakan musim salju bakal bermula di tempat mereka.

Rani terus melangkah dan mula hilang secara perlahan di celah-celah pohon renek di lereng bukit.

Mohan terus melutut memejam mata sambil mengharapkan rani kembali semula kepadanya kerana dia tahu, dalam kebanyakan filem hindustan, heronya akan menang dan...

....ending yang sedih amatlah jarang sekali terjadi.

pyar...pyar...





Saturday, November 12, 2011

ego perut...

perut gua lapar...nasi gua beli bungkus tadi, ada atas meja sebelah netbook gua berfacebook...

tapi...apa ke celaka....perut dah lapar, nasi dah ada...tunggu nak makan je...gua tak mampu nak makan....

perut gua ni kadang-kadang perangai macam iblis.....lebih tepat lagi, perut gua ni manja, manja jenis mengada...nak lempang kan perut sendiri...

gua memang kena tunggu perut gua ni lapar gila babi dan tunggu perut gua ni beralah dengan nasi kl baru lah gua boleh makan...tapi nak tunggu perut gua beralah tu sampai tahap taip komen facebook pon tangan terketar-ketar, barulah dia beralah....iblis bukan...???

dah beralah , barulah gua boleh jamah nasi tu....

bila gua makan pulak, mesti tak habis...gua suap 2,3 mulut...dah hilang rasa lapar gila tadi...hilang la selera gua...tak sempat nak rasa kenyang gila babi....

hari-hari, ni la yang gua duk alami....

gua, sejak 4 tahun lepas, yang dah sedia kurus, datang kl, makin kurus...

egonya perut gua...

gua nak bagi nasihat pun, perut ni bukannya jenis spesis yang ada perasaan....

ok...setiap kali waktu makan di kuala lumpur, setiap kali tu, gua rindukan masakan mak gua di kampung....