Saturday, April 7, 2012

remove


ni,
kalau
aku
remove
blog
aku
ni,
ok
juga.
kah
kah
kah.
bangang....!!!!!

Tuesday, March 13, 2012

kajian

aku nak buat kajian.

kajian penemuan orang melayu dulu-dulu.

kajian aku buat berdasarkan pandangan mata kasar aku.

contohnya macam orang dulu-dulu kata " laki hitam, bini cerah, anak ramai".

" laki pendek, bini tinggi, murah rezeki".

kajian aku ni nak bagi nampak uptodate sikit, aku ambik tajuk " laki cikgu, bini lawyer, _____"

kahkahkah....

ada satu lagi sebelum terlupa " laki engineer, bini lawyer,_______" kahkahkah.

aku nak tengok, berjaya ke tidak si epol takle si yana...


Sunday, January 29, 2012

elaun

Ni cerita 2, 3 hari lepas...

Nak dijadikan cerita, time kawan aku reply sms, kata "elaun dah masuk", aku punyalah terkejut...

Terkejut aku punyalah terkejut sampai tercampak phone ke lantai...Boleh tahan kuat..

Lepas tu aku tengok phone tu dah pecah sikit belah kanan...Lepas tu ada button tak boleh guna...

Bila berduit sikit banyak benda nak musnah...cilakak...




P/s : Ada can aku nak pakai blackberry...kahkahkah..

Friday, January 20, 2012

ada Peri ada jiwa

Kemana aku pergi, ke situ, ke twitter, ke facebook sana, jangan sesekali aku terpisah dengan Peri Cinta..

Sekali lagi aku pergi menemui Peri..(bukan di tempat biasa)

Peri angguk, tanda faham kedatangan aku..."Khurafatnya kau, bila ada masalah datang jumpa aku" Peri cuba berseloroh..."hehehe"...aku ketawa nipis...

Peri mengajak aku duduk memandang bawah...Kami sama-sama dongak melihat jalan dunia yang tidak pernah dapat diduga...

"Itulah hidup" kata Peri..."untuk bahagiakan satu jiwa, satu jiwa lagi kan hiba..." (ayat biasa-biasa dengar)

Aku angguk...dan aku cuma mendoakan yang baik-baik sahaja kepada mana-mana jiwa yang pernah bertemu dimana-mana persimpangan...

Dan aku doakan semoga ada gembira untuk jiwa-jiwa itu....


Thursday, January 19, 2012

celaka

celaka.!!!
lama
betul
tak
menulis....

Friday, January 6, 2012

Tahun Baru

Aku nak tulis pasal azam aku untuk tahun baru 2012....Dah lambat 5 hari tapi peduli apa aku...hahaha...

Aku baru tulis ni sebabnya masa 1 haribulan hari tu aku di kampung...Bila aku balik ke KL, aku hidup sedikit susah, bila hidup dalam keadaan yang sedikit susah barulah realistik aku nak berazam....Kalau aku berazam masa aku di kampung dalam keadaan selesa, azam aku pasti kelaut...Mula lah aku berazam nak beli Nissan Latio Sport kaler putih...

Azam pertama aku nak pakai smartphone yang jenis keypad banyak-banyak mcm blackberry sebab sekarang aku dah ada twitter...Nanti bila kau pergi tengok bola Malaysia lawan kat Bukit Jalil boleh la aku kutuk player-player Malaysia macam Asraruddin dalam twitter...Harga handphone tu lebih kurang dalam seribu setengah...

Lepas aku azamkan yang pertama, aku wajib berazam yang kedua...Azam aku yang kedua ialah nak berjimat-cermat...Duit seribu setengah untuk blackberry tu aku kena cover dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup aku di hujung sem 7 dan di awal sem 8....

Antara langkah berjimat-cermat yang paling utama aku kena take note ialah :

1. Aku kena kurangkan tengok bola di kedai mamak lebih-lebih lagi bila Man U dengan Liverpool main...
2. Kurangkan tengok wayang dan perbanyakkan download movie di syok.org.

Rasanya itu saja azam aku....aku azam banyak-banyak pon nanti sia-sia juga orang yang baca sebab semua azam aku tu aku tipu...nama pon Blog Bohong...kahkahkah(tak kelakar)...

P/s : Aku tertinggal azam nak berhenti merokok macam azam aku yang 1,2,3,4,5,6,7,8 tahun yang lepas.

P/s : Tak sabar betul aku tunggu elaun masuk, aku nak beli smartphone...tak macam Kakairina Khairina yang simpan duit elaun sebab nak kawen...Duit kerajaan bagi suruh buat belajar dia simpan buat kawen...ish...ish...

P/s : Man U kalah dengan Newcastle 3-0...seronok betul tengok penyokong Man u kecewa malam tadi....seronok mengalahkan kena jackport...


















Thursday, December 15, 2011

Review Drama Elysa : Episod Terakhir

Episod terakhir drama Cinta Elysa sangatlah bangang....!!!

Elisya ke rumah Aril naik apa..??xde duit ke Elysa sampai terpaksa tumpang lori balik Kolompo...??

kenapa member Aril pemandu lori tidak terkejut bila tahu Elysa bini Aril..???

kenapa Elysa tulis msg dekat cermin almari, tapi belum bersiap meningglkan rumah Aril..???biasa orang tinggalkan msg 3 saat sebelum berangkat dengan beg baju digalas di lengan...

kenapa Rashid tak bunuh mak Elysa...???

kenapa Rashid tidak cuba menculik Elysa...??

kenapa tidak ada scene Aril menyelamatkan Elysa...??

kenapa bukan Aril yang pergi belasah Rashid dan serahkan kepada polis...???

kenapa polis tu sama dengan polis drama melayu yang lain....??

kenapa takde scene tembak-tembak semasa polis menangkap Rashid..???senangnya nak tangkap penjenayah dikehendaki...

terkilan betul gua episod terakhir Elysa takde gaduh-gaduh...

bagi la gangster tu satu adegan dimana dia menggunakan pengalamannya dalam pukul memukul semasa pergi menyelamatkan Elysa dan membalas dendam di atas kematian ayah Elysa...

kenapa...kenapa..???

bila cerita dah top rating, episod terakhir buat cincai pun xpe, ramai yang tunggu nak tengok, rating tetap tinggi....

melayu...melayu...

dalam banyak-banyak bangang scene Aril bermonolog suara sedih jiwang panggil nama Elysa adalah paling bangang...!!!