Monday, August 22, 2011

tulisan penuh

satu malam gua terbaca blog kawan gua....kawan gua ni cikgu-cikgu juga lah...cikgu bahasa melayu...memang gua kenal sangat...satu maktab dengan gua...satu batch pulak tu...

gua baca entry berkenaan dengan penggunaan bahasa dan ejaan dalam penulisan blog....cikgu ni, kawan gua ni lah mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan singkatan dalam ejaan, contohnya yg, syg, sy, dsbg dan mencampurkan bahasa dalam penulisan...bahasa melayu dengan inggeris misalnya...

sebenarnya perkara-perkara yang melibatkan penggunaan singkatan dan mencampuradukkan bahasa ni cerita lama...dah ramai yang bangun menentangnya....gua dulu pun pernah juga sembang-sembang kosong pasal perkara ini...memandangkan gua hanya sembang kosong, jadinya kesan kepada diri gua sendiri semestinya kosong....

isi kandungan penulisan tu gua tidak mahu cerita...sebab gua hanya nak bagi tahu, selepas gua baca gua insaf...dan gua terus menaip perkataan-perkataan penuh seperti sekarang, dalam kelas, depan murid-murid gua...tengok...biasanya cerita-cerita mcm ni gua taip dalam dua perenggan je...sekarang dah jadi empat ke lima perenggan...

bila dah nak habis gua taip ni, gua cek balik perkataan-perkataan di atas...banyak lagi perkataan-perkataan yang gua eja dengan tidak betul dan penggunaan bahasa-bahasa yang tidak sesuai...itulah namanya perubahan, sedikit demi sedikit...

sebenarnya lagi macam ni...gua saja tulis ni sebab nak eksen boleh update blog depan murid-murid masa tengah mengajar...budak-budak dekat depan gua ni tengah mewarna....setakat lu orang update status facebook dalam bilik guru gua tak hairan....

kakakakaka....


2 comments:

  1. gua xtau lu ade blog..muhahaha..

    ~kenpachikon~~

    ReplyDelete
  2. bila nak follow ni...x nampak ke doushite kat sebelah tu...dah 14 tahun gua follow...

    ReplyDelete