Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

kajian

aku nak buat kajian.

kajian penemuan orang melayu dulu-dulu.

kajian aku buat berdasarkan pandangan mata kasar aku.

contohnya macam orang dulu-dulu kata " laki hitam, bini cerah, anak ramai".

" laki pendek, bini tinggi, murah rezeki".

kajian aku ni nak bagi nampak uptodate sikit, aku ambik tajuk " laki cikgu, bini lawyer, _____"

kahkahkah....

ada satu lagi sebelum terlupa " laki engineer, bini lawyer,_______" kahkahkah.

aku nak tengok, berjaya ke tidak si epol takle si yana...


Friday, January 20, 2012

ada Peri ada jiwa

Kemana aku pergi, ke situ, ke twitter, ke facebook sana, jangan sesekali aku terpisah dengan Peri Cinta..

Sekali lagi aku pergi menemui Peri..(bukan di tempat biasa)

Peri angguk, tanda faham kedatangan aku..."Khurafatnya kau, bila ada masalah datang jumpa aku" Peri cuba berseloroh..."hehehe"...aku ketawa nipis...

Peri mengajak aku duduk memandang bawah...Kami sama-sama dongak melihat jalan dunia yang tidak pernah dapat diduga...

"Itulah hidup" kata Peri..."untuk bahagiakan satu jiwa, satu jiwa lagi kan hiba..." (ayat biasa-biasa dengar)

Aku angguk...dan aku cuma mendoakan yang baik-baik sahaja kepada mana-mana jiwa yang pernah bertemu dimana-mana persimpangan...

Dan aku doakan semoga ada gembira untuk jiwa-jiwa itu....


Saturday, November 19, 2011

Cinta Si Pengembala Kambing

Di sebuah daerah di selatan India berdekatan dengan tanah Himalaya yang menjadi rebutan di antara India dan Pakistan. Rebutan yang telah membawa kepada perang saudara yang berlanjutan sejak berpuluh tahun dahulu.

Di daerah tersebut (saya lupa nama daerah itu), tempat bertemunya sepasang kekasih Mohan dan Rani atau nama penuhnya Ranjhini. Kisah pertemuan yang telah lama, berpuluh tahun lamanya.

(Indahnya kisah pertemuan berputik cinta antara mereka tidak mahu saya ceritakan kerana saya rasa kisah cinta zaman dulu-dulu sudah tidak diminati oleh manusia zaman facebook. Yeah, you know that, kisah pertemuan ketika seorang wanita sedang bersiar-siar tatkala memandang seorang lelaki gagah perkasa dengan hanya berkain pelikat menghalau kambingnya masuk kekandang di sebuah lereng bukit terus jatuh cinta. What the hell man, come on lah).

Pada hari ini, Rani kembali ke tempat yang sama, di lereng bukit tersebut dengan niat untuk bertemu Mohan buat kali yang terakhir.

Mohan : nehe akhleke yadi me karege.

Rani : pyar tahum ne pyar, pyar.

Mohan : thum se jahiye na karan le. Ma pyar kahum te kalige..

Rani : No!! (sekali sekala Rani speaking). tum he ma jaenge na kahum.

Mohan tidak boleh menerima hakikat bahawa Rani terpaksa berpindah ke United Kingdom kerana mahu tinggal bersama-sama anaknya di sana setelah kematian suaminya. Ya betul, cinta Rani dan Mohan tidak ke jinjang pelamin kerana cinta mereka dihalang oleh kedua orang tua Rani. Yeah, you know that (sekali lagi), kisah cinta hindustan yang dihalang oleh orang tua.

Mohan : please Rani please. tum na kaho te kari na kaho. may na kaho 25 years ne pyar.

Rani : please Mohan. stop!!!. to pyar dil se Rohit meree kuch na ta ho .

Mohan : kya kyar kahu.

Rani : na..

Selama 25 tahun Mohan hidup dalam keadaan menderita kerana menunggu Rani hadir kembali dalam hidupnya. Selama 25 tahun juga Mohan merasai penderitaan Rani hidup disamping suami yang dia sendiri tidak cintai walaupun berjaya melahirkan seorang zuriat bernama Rohit yang kini menetap di UK daripada hasil pernikahannya itu.

Mohan menggelengkan kepala, sambil cuba memegang tangan Rani yang berpaling dan bersedia untuk meneruni lereng bukit.

Rani : to pyar kahu, me na kya kare.

Mohan menggelengkan kepala.

Mohan : Rani.!!

Rani tidak peduli dan terus menuruni bukit itu sambil matanya terpejam.

Mohan jatuh melutut dan salji mengapas mula menurun menandakan musim salju bakal bermula di tempat mereka.

Rani terus melangkah dan mula hilang secara perlahan di celah-celah pohon renek di lereng bukit.

Mohan terus melutut memejam mata sambil mengharapkan rani kembali semula kepadanya kerana dia tahu, dalam kebanyakan filem hindustan, heronya akan menang dan...

....ending yang sedih amatlah jarang sekali terjadi.

pyar...pyar...