Showing posts with label gua. Show all posts
Showing posts with label gua. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

remove


ni,
kalau
aku
remove
blog
aku
ni,
ok
juga.
kah
kah
kah.
bangang....!!!!!

Sunday, January 29, 2012

elaun

Ni cerita 2, 3 hari lepas...

Nak dijadikan cerita, time kawan aku reply sms, kata "elaun dah masuk", aku punyalah terkejut...

Terkejut aku punyalah terkejut sampai tercampak phone ke lantai...Boleh tahan kuat..

Lepas tu aku tengok phone tu dah pecah sikit belah kanan...Lepas tu ada button tak boleh guna...

Bila berduit sikit banyak benda nak musnah...cilakak...




P/s : Ada can aku nak pakai blackberry...kahkahkah..

Friday, January 20, 2012

ada Peri ada jiwa

Kemana aku pergi, ke situ, ke twitter, ke facebook sana, jangan sesekali aku terpisah dengan Peri Cinta..

Sekali lagi aku pergi menemui Peri..(bukan di tempat biasa)

Peri angguk, tanda faham kedatangan aku..."Khurafatnya kau, bila ada masalah datang jumpa aku" Peri cuba berseloroh..."hehehe"...aku ketawa nipis...

Peri mengajak aku duduk memandang bawah...Kami sama-sama dongak melihat jalan dunia yang tidak pernah dapat diduga...

"Itulah hidup" kata Peri..."untuk bahagiakan satu jiwa, satu jiwa lagi kan hiba..." (ayat biasa-biasa dengar)

Aku angguk...dan aku cuma mendoakan yang baik-baik sahaja kepada mana-mana jiwa yang pernah bertemu dimana-mana persimpangan...

Dan aku doakan semoga ada gembira untuk jiwa-jiwa itu....


Friday, January 6, 2012

Tahun Baru

Aku nak tulis pasal azam aku untuk tahun baru 2012....Dah lambat 5 hari tapi peduli apa aku...hahaha...

Aku baru tulis ni sebabnya masa 1 haribulan hari tu aku di kampung...Bila aku balik ke KL, aku hidup sedikit susah, bila hidup dalam keadaan yang sedikit susah barulah realistik aku nak berazam....Kalau aku berazam masa aku di kampung dalam keadaan selesa, azam aku pasti kelaut...Mula lah aku berazam nak beli Nissan Latio Sport kaler putih...

Azam pertama aku nak pakai smartphone yang jenis keypad banyak-banyak mcm blackberry sebab sekarang aku dah ada twitter...Nanti bila kau pergi tengok bola Malaysia lawan kat Bukit Jalil boleh la aku kutuk player-player Malaysia macam Asraruddin dalam twitter...Harga handphone tu lebih kurang dalam seribu setengah...

Lepas aku azamkan yang pertama, aku wajib berazam yang kedua...Azam aku yang kedua ialah nak berjimat-cermat...Duit seribu setengah untuk blackberry tu aku kena cover dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup aku di hujung sem 7 dan di awal sem 8....

Antara langkah berjimat-cermat yang paling utama aku kena take note ialah :

1. Aku kena kurangkan tengok bola di kedai mamak lebih-lebih lagi bila Man U dengan Liverpool main...
2. Kurangkan tengok wayang dan perbanyakkan download movie di syok.org.

Rasanya itu saja azam aku....aku azam banyak-banyak pon nanti sia-sia juga orang yang baca sebab semua azam aku tu aku tipu...nama pon Blog Bohong...kahkahkah(tak kelakar)...

P/s : Aku tertinggal azam nak berhenti merokok macam azam aku yang 1,2,3,4,5,6,7,8 tahun yang lepas.

P/s : Tak sabar betul aku tunggu elaun masuk, aku nak beli smartphone...tak macam Kakairina Khairina yang simpan duit elaun sebab nak kawen...Duit kerajaan bagi suruh buat belajar dia simpan buat kawen...ish...ish...

P/s : Man U kalah dengan Newcastle 3-0...seronok betul tengok penyokong Man u kecewa malam tadi....seronok mengalahkan kena jackport...


















Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia

Ya, gua tak nak bagi tau sebab semua orang dah tau Malaysia menang pingat emas bola sepak Sukan Sea 2011. Pasal bola ni gua tak nak cerita panjang sebabnya Malaysia dah banyak kali kot menang pingat emas Sukan Sea dan banyak kali kot Malaysia tak layak ke Piala Asia. Jadi bagi gua, kemenangan Malaysia malam tadi, tidak lebih kepada kemenangan moral kita semua sebagai rakyat Malaysia ke atas rakyat Indonesia yang bangang tapi segelintirnya tidak. Tidak lebih daripada itu. Tidak lebih.

Apa.? Kebangkitan.? Sweet nightmare to you lah.

Tahniah kepada pasukan Malaysia.

Orang bersorak goollllll, gua bersorak goallllllllll, orang lompat, gua lompat bintang. Yang muda-muda lari lintang pukang, pom pam pom pam baling mercun, yang kecik-kecik naik basikal angkat tayar depan. Happening gila babi ah.

Dalam gua bersorak riang, sebenarnya dalam lagi gua berduka.

Masa Asra jaringkan gol gua tak tau nak peluk siapa, masa Fakri buat silap bodoh gua tak tau nak pukul siapa dan gua tak tau nak tuju bodoh kat siapa. Gua sebenarnya rindukan mamat ni, yang selalu temankan gua tengok bola. Kadang-kadang sampai ke Jepun pun dia follow. Time game-game penting macam ni la dia takde dengan gua.

Tapi sempat juga dia Sms gua, baik punya dia kutuk Fakri.

Sunday, November 20, 2011

Ayam Penyek Kampung Padang Jawa

Malam ni ada 2,3 member ajak keluar makan makanan Indonesia. Ambil fell sukan sea katanya. Tidak la sampai ke Indonesia, tapi jauh la juga, ke Shah Alam sana. Kedai nasi ayam penyek, Kampung Padang Jawa.

Lama dah gua dengar pasal ayam penyek ni. Ada yang bercerita sampai ummpphhh..!! kat gua. Kalau dah ummmpphh..!! tu, memang gua tak akan ambil mudah, satu hari gua kena pekena juga ayam penyek ni. Jadi, malam ni rezeki gua, mana tau malam-malam seterusnya rezeki korang pula.

Sampai sana. gua tengok keadaan kedai makan tu biasa-biasa je, macam kedai kampung biasa. Tapi nama ayam penyek dia boleh sampai ke Petaling Jaya ni, gua rasa kelebihannya memang terletak pada rasa ayam penyek itu sendiri.

Kami order ayam penyek. Selain lauk ayam penyek korang boleh juga order ikan keli atau daging. Sampai je ayam penyek atas meja, gua dah mula naik hairan. Ayam yang sampai tu gua tengok sama macam ayam goreng biasa gua makan sebelum ni. Tak dipenyek pon. Belum sempat gua sound makcik yang hantar ayam tu, member gua yang sorang ni pun kata "ayam penyek memang macam ni, mana ada penyek-penyek, aku pon tak tau ayam penyek ni dapat nama dari mana".

Kahkahkah, gua gelak dan tak fikir panjang, gua makan sebab lapar satu hari suntuk ni gua belum kena nasi. Rasanya memang ummmphhh..!!!. Rasa standart-standart rasa kampung memang kena dengan perut gua sebab tak ada rasa mamak.

Dalam sedap-sedap layan ayam penyek, makcik hantar makanan lalu sebelah hantar makanan kat meja sebelah.

"Meat ball..!!", kata gua.

Member gua yang sorang lagi pun sound, "bakso tu." Kahkahkah, meat ball tu bakso rupanya.

Kami pun terus sembang pasal makanan Indonesia. "blablablablabla" bersungguh betul member gua bercerita. "blablablablabla, perut ayam". Gua tersentak.

Ya, perut ayam. Satay perut ayam. kahkahkah. Member gua hairan tengok gua hairan bila dia sebut perut ayam.

Dia sambung bercerita " perut ayam sedap kot, kalau kau pergi Kota Bharu memang banyak orang jual perut ayam, kat Besut tu (Besut, kampung gua) bulan puasa memang laku la perut ayam percik.

Berselera betul dia cerita dan meloya gila babi gua dengarnya. 22 tahun gua hidup, 1st time gua tahu, ramai orang makan perut ayam. Gua fikir perut lembu je.

Rupanya gua ni banyak lagi kena belajar pasal makanan. Itu belum lagi gua cerita, Raya Haji baru-baru ni ada satu member cerita kat gua " sebesar sekor lembu tu, tanduk, tengkorak dengan bulu je orang tak makan, mata, hidung, limpa mahupun kemaluannya, semua orang makan". Meloya lagi.

Tahun depan gua ingat nak buat satu projek. Projek jalan-jalan cari makanan yang gua belum pernah makan. Selain Indonesia, gua mungkin akan luaskan projek ni sampai ke Thailand.


Saturday, November 12, 2011

ego perut...

perut gua lapar...nasi gua beli bungkus tadi, ada atas meja sebelah netbook gua berfacebook...

tapi...apa ke celaka....perut dah lapar, nasi dah ada...tunggu nak makan je...gua tak mampu nak makan....

perut gua ni kadang-kadang perangai macam iblis.....lebih tepat lagi, perut gua ni manja, manja jenis mengada...nak lempang kan perut sendiri...

gua memang kena tunggu perut gua ni lapar gila babi dan tunggu perut gua ni beralah dengan nasi kl baru lah gua boleh makan...tapi nak tunggu perut gua beralah tu sampai tahap taip komen facebook pon tangan terketar-ketar, barulah dia beralah....iblis bukan...???

dah beralah , barulah gua boleh jamah nasi tu....

bila gua makan pulak, mesti tak habis...gua suap 2,3 mulut...dah hilang rasa lapar gila tadi...hilang la selera gua...tak sempat nak rasa kenyang gila babi....

hari-hari, ni la yang gua duk alami....

gua, sejak 4 tahun lepas, yang dah sedia kurus, datang kl, makin kurus...

egonya perut gua...

gua nak bagi nasihat pun, perut ni bukannya jenis spesis yang ada perasaan....

ok...setiap kali waktu makan di kuala lumpur, setiap kali tu, gua rindukan masakan mak gua di kampung....