Showing posts with label awek sweet. Show all posts
Showing posts with label awek sweet. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Berlagu dengan Peri

Gua capai gitar, gua petik tali tekan kord lagu Rupa Tanpa wajah. Sebuah lagu lama yang memang tiada banding kepowerannya nyanyian M. Nasir. M. Masir waktu ni masih lagi dengan kumpulan Kembara. Sebuah kumpulan yang tiada banding juga kepowerannya pada waktu itu. Tapi, waktu sekarang, budak-budak zaman facebook ni, jarang sangat tahu lagu ni. Diorang lebih into kepada lagu-lagu k-pop. K-pop ni bukan budaya barat, tapi budaya timur, jadi mak ayah tak risau sangat tengok anak terkinja-kinja melompat menari. Asia untuk Asia, apa masalahnya. Bagi gua ada eloknya budak-budak ni follow k-pop daripada mereka follow Justin Bibir. Eloknya sebab semenyampah gua tengok K-pop menyampah lagi gua tengok budak Justin ni. Bukan gua seorang yang kata, tapi ramai juga yang kata. Dalam ramai-ramai yang kata tu, yang ramainya lelaki la. Maybe diorang jeles dengan budak-budak K-pop dan Justin yang cute ni. Tapi bila keluar lagu Girls Generations ke, layan pula diorang. Bukan diorang je, gua pon kekadang.

Balik kepada Rupa Tanpa Wajah. Masa gua tengah tarik part korus :

"Rupa tanpa wajah
Bermain di mata
Berjalan tanpa ikut haluan
Wajah pura-pura
Bertopengkan wira
Menari tanpa ikut irama."

Tiba-tiba.

Tiba-tiba Peri Cinta tegur. "Buat lagu ke bang?"

Gua kalau bersembang dengan peri cinta memang tak pernah nak jatuh. Gua jawab "a,a, tengah tulis lagu 2,3 baris. Macam ni lah kerja orang tak ada kerja."

"perghhh" Peri Cinta mengeperghhh tanda kagum.

Gua tahu, Peri Cinta memang hari-hari layan k-pop. Jadi, kalau gua kencing tengah tulis lagu ni kompem dia percaya. kahkahkah

"kenapa kau tulis lagu ni..?"

"aku tulis lagu ni sebab aku...macam nak memberitahu perasaan aku terhadap perempuan yang aku rasa aku ada perasaan terhadapnya."

"awek sweet..?"

"bukan awek sweet, tapi awek orang. "

"kau yakin ke bila kau cipta lagu ni, awek orang akan suka kau...?'

"tak yakin, sebab aku rasa dia tak suka aku."

"jadi ni usaha kau untuk dia suka..?"

"tak juga. Aku suka dekat dia, kemudian, kalau dia nak suka dekat aku balik, itu benda yang dia kena usaha, bukan aku kena usaha."

"habis tu kenapa kau buat benda ni..?'

"untuk mendokumentasikan perasaan aku."

"kau nak mendokumentasikan untuk apa, semua dah didokumentasikan dalam diri kau."

Nak bagi nampak lebih real lagi, gua masukkan kata-kata jiwang supaya Peri lebih percaya. Gua terus sambung menyanyi sampai habis.

"dah siap ke lagunya?"

"Dah siap dah. Benda semua dah ada dalam hati, cuma nak transfer jadi lagu jer."

Peri menggelang kepala "parah betul ko sekarang ni?"

Gua gelak.

"habis tu, Awek Sweet?"

Mood menyanyi gua tiba-tiba hilang. Celaka punya Peri tanya soalan bukan-bukan.


Thursday, September 22, 2011

rindu peri

lima minit gua lewat ke tempat parking motor nak balik rumah....dalam gua duduk sembang-sembang dalam kelas....hujan turun dengan lebat yang amat....kalau tak sejam mungkin sejam setengah lagi gua perlu bertahan dalam kelas....bob dah terlengtang di sudut toy library, sambil-sambil lawan berdengkur dengan pak long di stesen matematik, sebelah toy library...

baunya hampir semakin hampir dekat....gua cuba lari...lari darinya seketika, yang mana gua dah mulakan sejak beberapa bulan yang lepas....selepas kejadian tempoh hari, gua rasa malu dan belum bersedia untuk bertemu dengannya buat masa ini...semakin laju gua lari, semakin laju dan padu baunya menghampiri gua....

blingggggg..!!!!!peri cinta tiba-tiba muncul depan gua...dengan riak rupa yang garang, kening terangkat, bibir disentap yang hanya bertahan 5 saat....tiba-tiba riak wajah peri bertukar sedih....gua jadi tak sampai hati....ya, gua yang bersalah...gua lari lama...gua yang telah membuatkan peri kerinduan....gua cepat-cepat menarik tangan dan memeluk erat peri...kami sama-sama melepaskan rindu...setitik demi setitik air mata jernih peri menitis membasahi bahu gua....

kemana kau menghilang lip....???tanya peri tersekat-sekat....ya, gua lari...gua lari dari asrama untuk berpindah ke rumah sewa tanpa meninggalkan sekeping nota kepada peri....ya, salah gua...

aku juga salah...ya, memang aku merajuk....pada mulanya aku ingat kau akan datang cari aku...aku tau, kau buat aku macam tu dulu sebab kau sudah buntu dengan masalah cinta kau...tapi bila aku tunggu sampai berbulan-bulan, kau tak datang jumpa aku, aku jadi risau....aku risau kau lalai...lalai, jauh lari melupakan awek sweet...

sebenarnya 2 minggu lepas...tarikh untuk buah emas yang kedua gugur...aku ada bawa berita gembira untuk kau....sebab tu aku nekad untuk mencari kau sampai dapat....buah emas kedua belum gugur....

bila gua dengar berita tu daripada peri...gua terus tanggalkan baju...lari ke padang IB, mandi hujan sorang-sorang tanda gua happy....

bersambung....


Saturday, April 30, 2011

note Fb part 7-baik ada makna

keputusan untuk berubah menjadi seorang bad boy bila makwe yang kite minat cakap " awak terlalu baik untuk saya " adalah tidak betul....

seorang perempuan memang nak kan seorang lelaki yang baik pon.....dan tak semestinya kita....yang dia pernah cakap "awak terlalu baik untuk saya"......

jadi....bagi aku....teruskanlah menjadi lelaki yang baik.........akan ada suatu hari nanti seorang perempuan yang menghargai kebaikan kita........

jangan risau.....kita teruskanlah pendekatan yang kita guna selama ini....sentiasa gembira dalam kehidupan....

untuk seorang lelaki yang sering mencarut, memaki orang, lewat ke kelas, melawat tempat-tempat maksiat, cuai dalam solat...tepi masih lagi dilabel baik...sesungguhnya aku memang berbangga....

namun...aku tertanya-tanya...sekiranya aku dedahkan segala perkara diatas secara details.....adakah dia akan terima aku...?????

aku pasti jawapannya....awak seorang lelaki yang tidak layak dibuat laki........

hahaha....

ingat....kebanyakan lelaki ni baik dengan makwe yang dia minat jer....

yang makwe-makwe ni jangan pula tanya soalan bodoh seperti.."awak baik dengan saya ni mesti ada makna kan...????"..

note Fb part 6- awak = si dia

okey.....malam ini hati saya berbicara lagi.....satu perangai pelik yang saya miliki....banyak sebenarnya dan yang satu ni memang pelik....apabila hati ini berbicara....semestinya untuk awak.....

Bila saya katakan yang saya sayang atau suka berkawan dengan awak.....saya akan lakukan apa saja untuk menjaga hubungan ini....walaupun ia dilihat kurang senang di mata orang lain.....

dan bila saya berada di dalam jajahan awak...awak patut peluk saya dengan erat dan jangan biarkan saya pergi kerana saya akan lakukan benda yang sama untuk awak....malah lebih dari itu.....saat itu awak adalah keutamaan saya.....

pendek kata.....kalau saya ada kuasa super hero saya akan bagi awak dunia.....

tapi sayang.....perangai pelik saya yang sememangnya pelik....saya sepatutnya memeluk awak dengan lebih erat selagi saya masih di jajahan awak.....

Now, it's too late.....saya telah terlepas penerbangan tersebut.....penerbangan terakhir yang membawa saya ke tempat yang bernama TOGETHER......

peringatan : seorang wanita mampu menumpaskan seorang super hero (sekiranya sekarang saya seorang super hero)....

note Fb part 5- apa yang saya harapkan 'kamu' bukanlah si dia....

Suatu hari nanti, bila kamu pergi, kamu akan pergi dengan bergaya, sementara saya akan ditinggalkan dengan kesakitan dan derita....tiiidakkk..!!!!.. Tidak mengapa, sudah biasa. Pain is my brother.

Setiap hari, minit dan saat ini akan saya raikan. Sementara masih ada. Anggap sajalah ianya pinjaman. Macam buku-buku kat library dato' lokman musa tu 'walaupun saya jarang meminjam'. Dah habis baca nanti, pulanglah semula. Yang tinggal hanyalah cerita-cerita di setiap bab-bab didalam buku-buku yang telah habis dibaca, tersemat rapi didalam otak saya.

Kemudian, saya akan teruskan hidup macam biasa 'mengajar la kot'.

Pasti akan ada hari-hari yang saya akan teringatkan tentang kamu. Apa yang sedang kamu lakukan ketika itu? Makan apakah kamu hari itu? Minum apakah kamu? Atau, gembirakah kamu?

Waktu itu, mungkin saya akan nyanyikan lagu 'don't panic', nyanyian Coldplay untuk menenangkan hati sendiri. Atau, menyanyikan lagu-lagu yang kamu suka 'wedding dress' maybe.

Buat masa ini, saya mahu tenang-tenang. Saya mahu kita bergembira. Raikan apa yang kita ada. Bersama mereka di sekeliling yang turut menyayangi kita.

Berdua.

note Fb part 4-adakah si dia masih ingat...

Agaknya, kita memang telah ditakdirkan untuk sebegini rupa. Ketika kedua-duanya sedang kesakitan dan dilanda keperitan. Ketika itu kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Setiap masa. Kita cuba hiburkan hati masing-masing yang luka. Kita cuba gembirakan perasaan kita dan kita tahu yang kita gembira bersama.

Kita lupa tentang kekecewaan yang melanda ketika itu, kerana kita ada kita. Kita berdua melawan seluruh dunia.

Walaupun ketika kita berjauhan berlainan benua, kita akan pastikan yang kita akan berkomunikasi sentiasa. Kita pernah ada sesuatu yang hebat.

Kita rasa apa yang setiap daripada kita rasa. Kita gembira bersama.

Tetapi, itulah, agaknya, memang sudah ditulis. Beginilah jadinya kita. sesuatu yang kita tidak mahu ianya berlaku.

saya harap kita mengakhirinya dengan hidup yang bahagia bersama............still love u forever n ever....

note Fb part 3-kalau lah masa boleh diputarkan semula untuk si dia

Kalaulah masa boleh diputar semula, inginku beri bunga kepada orang yang sepatutnya dan mengatakan padanya, "Awak buat hari-hari saya ceria dan terang macam matahari yang senyum kepada burung-burung yang lalu terbang dengan megahnya -- lepas bebas meraikan kehidupan."

Aku mahu kita percaya yang masa itu hanya imbasan mata. Satu hari nanti pasti kita akan sedar yang ada salah dan silap telah kita buat tapi tak mampu diperbetulkan semula. Semoga bila kamu memandangku, kamu akan senyum kembali. Aku tak mahu kamu muncul dengan hati dan perasaan penuh rasa ragu kerana kesilapan yang terjadi.

Walau apa terjadi, kita harus terus senyum dan mengaku yang kita hanya mampu cuba mencipta takdir sendiri. Anggaplah itu semua adalah fasa-fasa hidup yang gila ini.

Suatu hari nanti, ketika kamu sedang tidur, aku akan duduk di sudut katil dan teringatkanmu sambil hari-harimu melangkah tanpa aku. Memikirkan ketawamu tanpa mataku. Memikirkan yang hatiku ada didalam kamu dan jiwaku sudah lama lenyap, ghaib -- hilang dalam kekeliruan yang kita sendiri tak dapat selesaikan. Memikirkan bayang-bayangmu yang mengikuti aku. Di depan, belakang dan sisi.

Aku takut akan wujud rasa-rasa pelik yang tak dapat nak ditolak.

Patutkah kita lari atau berdiri diam, biar dan cuba faham yang dunia ini memang gila.

Kalaulah masa boleh diputar semula.

note Fb part 2-si dia

Bagi saya, dia tak perlu buat apa-apa. Dia hanya perlu ada di situ (di tempat biasa, di dalam lingkungan pemikiran saya). Dia tak perlu pose atau bagi saya senyuman manis, dia tak perlu cuba menarik saya, sebab saya dah memang angau dan tertarik dengan dia.

note Fb part 1- si dia

KELETUK KELETUK KELETAK...
KELETUK KELETUK KELETAK...

Bunyi papan kekunci laptop menaip pantas kerja Cik Aminah Jantan…sambil sekali sekala menghirup tea ais yang dibeli oleh romate di amjal kot…..

Bontot mula terasa kebas, sudah beberapa minit duduk mengadap laptop….perut minta diisi (alahai nasi goreng amjal yang masih berbungkus elok, xde seleranya aku dgn ko ) -- jiwa minta ditenangkan( memikirkan Cik Aminah Jantan )…

Di waktu ini, ya, di waktu malam yang sunyi sepi ini (earphone di telinga-muse ), saya terfikir. Di manakah dia? Sedang buat apakah dia? Siapakah gerangannya?

Perempuan yang akan menemani saya di waktu tua nanti