Showing posts with label karangan. Show all posts
Showing posts with label karangan. Show all posts

Friday, January 20, 2012

ada Peri ada jiwa

Kemana aku pergi, ke situ, ke twitter, ke facebook sana, jangan sesekali aku terpisah dengan Peri Cinta..

Sekali lagi aku pergi menemui Peri..(bukan di tempat biasa)

Peri angguk, tanda faham kedatangan aku..."Khurafatnya kau, bila ada masalah datang jumpa aku" Peri cuba berseloroh..."hehehe"...aku ketawa nipis...

Peri mengajak aku duduk memandang bawah...Kami sama-sama dongak melihat jalan dunia yang tidak pernah dapat diduga...

"Itulah hidup" kata Peri..."untuk bahagiakan satu jiwa, satu jiwa lagi kan hiba..." (ayat biasa-biasa dengar)

Aku angguk...dan aku cuma mendoakan yang baik-baik sahaja kepada mana-mana jiwa yang pernah bertemu dimana-mana persimpangan...

Dan aku doakan semoga ada gembira untuk jiwa-jiwa itu....


Friday, January 6, 2012

Tahun Baru

Aku nak tulis pasal azam aku untuk tahun baru 2012....Dah lambat 5 hari tapi peduli apa aku...hahaha...

Aku baru tulis ni sebabnya masa 1 haribulan hari tu aku di kampung...Bila aku balik ke KL, aku hidup sedikit susah, bila hidup dalam keadaan yang sedikit susah barulah realistik aku nak berazam....Kalau aku berazam masa aku di kampung dalam keadaan selesa, azam aku pasti kelaut...Mula lah aku berazam nak beli Nissan Latio Sport kaler putih...

Azam pertama aku nak pakai smartphone yang jenis keypad banyak-banyak mcm blackberry sebab sekarang aku dah ada twitter...Nanti bila kau pergi tengok bola Malaysia lawan kat Bukit Jalil boleh la aku kutuk player-player Malaysia macam Asraruddin dalam twitter...Harga handphone tu lebih kurang dalam seribu setengah...

Lepas aku azamkan yang pertama, aku wajib berazam yang kedua...Azam aku yang kedua ialah nak berjimat-cermat...Duit seribu setengah untuk blackberry tu aku kena cover dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup aku di hujung sem 7 dan di awal sem 8....

Antara langkah berjimat-cermat yang paling utama aku kena take note ialah :

1. Aku kena kurangkan tengok bola di kedai mamak lebih-lebih lagi bila Man U dengan Liverpool main...
2. Kurangkan tengok wayang dan perbanyakkan download movie di syok.org.

Rasanya itu saja azam aku....aku azam banyak-banyak pon nanti sia-sia juga orang yang baca sebab semua azam aku tu aku tipu...nama pon Blog Bohong...kahkahkah(tak kelakar)...

P/s : Aku tertinggal azam nak berhenti merokok macam azam aku yang 1,2,3,4,5,6,7,8 tahun yang lepas.

P/s : Tak sabar betul aku tunggu elaun masuk, aku nak beli smartphone...tak macam Kakairina Khairina yang simpan duit elaun sebab nak kawen...Duit kerajaan bagi suruh buat belajar dia simpan buat kawen...ish...ish...

P/s : Man U kalah dengan Newcastle 3-0...seronok betul tengok penyokong Man u kecewa malam tadi....seronok mengalahkan kena jackport...


















Saturday, November 26, 2011

Berlagu dengan Peri

Gua capai gitar, gua petik tali tekan kord lagu Rupa Tanpa wajah. Sebuah lagu lama yang memang tiada banding kepowerannya nyanyian M. Nasir. M. Masir waktu ni masih lagi dengan kumpulan Kembara. Sebuah kumpulan yang tiada banding juga kepowerannya pada waktu itu. Tapi, waktu sekarang, budak-budak zaman facebook ni, jarang sangat tahu lagu ni. Diorang lebih into kepada lagu-lagu k-pop. K-pop ni bukan budaya barat, tapi budaya timur, jadi mak ayah tak risau sangat tengok anak terkinja-kinja melompat menari. Asia untuk Asia, apa masalahnya. Bagi gua ada eloknya budak-budak ni follow k-pop daripada mereka follow Justin Bibir. Eloknya sebab semenyampah gua tengok K-pop menyampah lagi gua tengok budak Justin ni. Bukan gua seorang yang kata, tapi ramai juga yang kata. Dalam ramai-ramai yang kata tu, yang ramainya lelaki la. Maybe diorang jeles dengan budak-budak K-pop dan Justin yang cute ni. Tapi bila keluar lagu Girls Generations ke, layan pula diorang. Bukan diorang je, gua pon kekadang.

Balik kepada Rupa Tanpa Wajah. Masa gua tengah tarik part korus :

"Rupa tanpa wajah
Bermain di mata
Berjalan tanpa ikut haluan
Wajah pura-pura
Bertopengkan wira
Menari tanpa ikut irama."

Tiba-tiba.

Tiba-tiba Peri Cinta tegur. "Buat lagu ke bang?"

Gua kalau bersembang dengan peri cinta memang tak pernah nak jatuh. Gua jawab "a,a, tengah tulis lagu 2,3 baris. Macam ni lah kerja orang tak ada kerja."

"perghhh" Peri Cinta mengeperghhh tanda kagum.

Gua tahu, Peri Cinta memang hari-hari layan k-pop. Jadi, kalau gua kencing tengah tulis lagu ni kompem dia percaya. kahkahkah

"kenapa kau tulis lagu ni..?"

"aku tulis lagu ni sebab aku...macam nak memberitahu perasaan aku terhadap perempuan yang aku rasa aku ada perasaan terhadapnya."

"awek sweet..?"

"bukan awek sweet, tapi awek orang. "

"kau yakin ke bila kau cipta lagu ni, awek orang akan suka kau...?'

"tak yakin, sebab aku rasa dia tak suka aku."

"jadi ni usaha kau untuk dia suka..?"

"tak juga. Aku suka dekat dia, kemudian, kalau dia nak suka dekat aku balik, itu benda yang dia kena usaha, bukan aku kena usaha."

"habis tu kenapa kau buat benda ni..?'

"untuk mendokumentasikan perasaan aku."

"kau nak mendokumentasikan untuk apa, semua dah didokumentasikan dalam diri kau."

Nak bagi nampak lebih real lagi, gua masukkan kata-kata jiwang supaya Peri lebih percaya. Gua terus sambung menyanyi sampai habis.

"dah siap ke lagunya?"

"Dah siap dah. Benda semua dah ada dalam hati, cuma nak transfer jadi lagu jer."

Peri menggelang kepala "parah betul ko sekarang ni?"

Gua gelak.

"habis tu, Awek Sweet?"

Mood menyanyi gua tiba-tiba hilang. Celaka punya Peri tanya soalan bukan-bukan.


Sunday, November 20, 2011

Ayam Penyek Kampung Padang Jawa

Malam ni ada 2,3 member ajak keluar makan makanan Indonesia. Ambil fell sukan sea katanya. Tidak la sampai ke Indonesia, tapi jauh la juga, ke Shah Alam sana. Kedai nasi ayam penyek, Kampung Padang Jawa.

Lama dah gua dengar pasal ayam penyek ni. Ada yang bercerita sampai ummpphhh..!! kat gua. Kalau dah ummmpphh..!! tu, memang gua tak akan ambil mudah, satu hari gua kena pekena juga ayam penyek ni. Jadi, malam ni rezeki gua, mana tau malam-malam seterusnya rezeki korang pula.

Sampai sana. gua tengok keadaan kedai makan tu biasa-biasa je, macam kedai kampung biasa. Tapi nama ayam penyek dia boleh sampai ke Petaling Jaya ni, gua rasa kelebihannya memang terletak pada rasa ayam penyek itu sendiri.

Kami order ayam penyek. Selain lauk ayam penyek korang boleh juga order ikan keli atau daging. Sampai je ayam penyek atas meja, gua dah mula naik hairan. Ayam yang sampai tu gua tengok sama macam ayam goreng biasa gua makan sebelum ni. Tak dipenyek pon. Belum sempat gua sound makcik yang hantar ayam tu, member gua yang sorang ni pun kata "ayam penyek memang macam ni, mana ada penyek-penyek, aku pon tak tau ayam penyek ni dapat nama dari mana".

Kahkahkah, gua gelak dan tak fikir panjang, gua makan sebab lapar satu hari suntuk ni gua belum kena nasi. Rasanya memang ummmphhh..!!!. Rasa standart-standart rasa kampung memang kena dengan perut gua sebab tak ada rasa mamak.

Dalam sedap-sedap layan ayam penyek, makcik hantar makanan lalu sebelah hantar makanan kat meja sebelah.

"Meat ball..!!", kata gua.

Member gua yang sorang lagi pun sound, "bakso tu." Kahkahkah, meat ball tu bakso rupanya.

Kami pun terus sembang pasal makanan Indonesia. "blablablablabla" bersungguh betul member gua bercerita. "blablablablabla, perut ayam". Gua tersentak.

Ya, perut ayam. Satay perut ayam. kahkahkah. Member gua hairan tengok gua hairan bila dia sebut perut ayam.

Dia sambung bercerita " perut ayam sedap kot, kalau kau pergi Kota Bharu memang banyak orang jual perut ayam, kat Besut tu (Besut, kampung gua) bulan puasa memang laku la perut ayam percik.

Berselera betul dia cerita dan meloya gila babi gua dengarnya. 22 tahun gua hidup, 1st time gua tahu, ramai orang makan perut ayam. Gua fikir perut lembu je.

Rupanya gua ni banyak lagi kena belajar pasal makanan. Itu belum lagi gua cerita, Raya Haji baru-baru ni ada satu member cerita kat gua " sebesar sekor lembu tu, tanduk, tengkorak dengan bulu je orang tak makan, mata, hidung, limpa mahupun kemaluannya, semua orang makan". Meloya lagi.

Tahun depan gua ingat nak buat satu projek. Projek jalan-jalan cari makanan yang gua belum pernah makan. Selain Indonesia, gua mungkin akan luaskan projek ni sampai ke Thailand.


Saturday, November 19, 2011

Cinta Si Pengembala Kambing

Di sebuah daerah di selatan India berdekatan dengan tanah Himalaya yang menjadi rebutan di antara India dan Pakistan. Rebutan yang telah membawa kepada perang saudara yang berlanjutan sejak berpuluh tahun dahulu.

Di daerah tersebut (saya lupa nama daerah itu), tempat bertemunya sepasang kekasih Mohan dan Rani atau nama penuhnya Ranjhini. Kisah pertemuan yang telah lama, berpuluh tahun lamanya.

(Indahnya kisah pertemuan berputik cinta antara mereka tidak mahu saya ceritakan kerana saya rasa kisah cinta zaman dulu-dulu sudah tidak diminati oleh manusia zaman facebook. Yeah, you know that, kisah pertemuan ketika seorang wanita sedang bersiar-siar tatkala memandang seorang lelaki gagah perkasa dengan hanya berkain pelikat menghalau kambingnya masuk kekandang di sebuah lereng bukit terus jatuh cinta. What the hell man, come on lah).

Pada hari ini, Rani kembali ke tempat yang sama, di lereng bukit tersebut dengan niat untuk bertemu Mohan buat kali yang terakhir.

Mohan : nehe akhleke yadi me karege.

Rani : pyar tahum ne pyar, pyar.

Mohan : thum se jahiye na karan le. Ma pyar kahum te kalige..

Rani : No!! (sekali sekala Rani speaking). tum he ma jaenge na kahum.

Mohan tidak boleh menerima hakikat bahawa Rani terpaksa berpindah ke United Kingdom kerana mahu tinggal bersama-sama anaknya di sana setelah kematian suaminya. Ya betul, cinta Rani dan Mohan tidak ke jinjang pelamin kerana cinta mereka dihalang oleh kedua orang tua Rani. Yeah, you know that (sekali lagi), kisah cinta hindustan yang dihalang oleh orang tua.

Mohan : please Rani please. tum na kaho te kari na kaho. may na kaho 25 years ne pyar.

Rani : please Mohan. stop!!!. to pyar dil se Rohit meree kuch na ta ho .

Mohan : kya kyar kahu.

Rani : na..

Selama 25 tahun Mohan hidup dalam keadaan menderita kerana menunggu Rani hadir kembali dalam hidupnya. Selama 25 tahun juga Mohan merasai penderitaan Rani hidup disamping suami yang dia sendiri tidak cintai walaupun berjaya melahirkan seorang zuriat bernama Rohit yang kini menetap di UK daripada hasil pernikahannya itu.

Mohan menggelengkan kepala, sambil cuba memegang tangan Rani yang berpaling dan bersedia untuk meneruni lereng bukit.

Rani : to pyar kahu, me na kya kare.

Mohan menggelengkan kepala.

Mohan : Rani.!!

Rani tidak peduli dan terus menuruni bukit itu sambil matanya terpejam.

Mohan jatuh melutut dan salji mengapas mula menurun menandakan musim salju bakal bermula di tempat mereka.

Rani terus melangkah dan mula hilang secara perlahan di celah-celah pohon renek di lereng bukit.

Mohan terus melutut memejam mata sambil mengharapkan rani kembali semula kepadanya kerana dia tahu, dalam kebanyakan filem hindustan, heronya akan menang dan...

....ending yang sedih amatlah jarang sekali terjadi.

pyar...pyar...





Thursday, October 20, 2011

nama cinta

"Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat awak."
"Awak rasa?"
"Tak! Bukan rasa, tapi betul."
"Macam mana awak boleh jatuh cinta dekat saya?"
"Awak..?"
"Cakaplah, saya nak tahu."
"Sebab awak cantik. Saya jatuh cinta dengan orang yang cantik saja."
"Itu saja?"
"Tapi tak bermakna saya tak serius."


Kalau nak jatuh cinta tak payah ada alasan yang kuat. Untuk soalannya tadi, gua tak ada jawapan. Kalau dah jatuh cinta, cintalah namanya. Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila dia datang. Cukup kalau hanya tersilap langkah sikit. Gua tak pasti pula dibahagian mana yang gua tersilap langkah. Jadi gua buat kesimpulan bahawa gua sebenarnya telah tersandung saja. Tersangkut di benir-benir kasih sayang.

Friday, October 7, 2011

janji mati

Malam janji siang
Bulan janji matahari
Panas janji hujan
Sungai janji laut
Beras janji padi
Berjanji minta ditepati
Tapi akan sampai satu masa
Malam mungkir janji
Bulan mungkir janji
Panas mungkir janji
Sungai mungkir janji
Beras mungkir janji
Dan ketika itulah
Satu janji lain akan ditepati
Kemana kita nanti

Wednesday, September 21, 2011

kuala lumpur

yang miskin, betul-betul miskin
yang kaya, betul-betul kaya
yang beriman, betul-betul beriman
yang jahil, betul-betul jahil
yang rajin, betul-betul rajin
yang malas, betul-betul malas
yang baik, betul-betul baik
yang jahat, betul-betul jahat
yang ikhlas, betul-betul ikhlas
yang hipokrit, betul-betul hipokrit
yang gembira, betul-betul gembira
yang menangis, betul-betul menangis

gua,

stuck in the middle.

Monday, August 22, 2011

tulisan penuh

satu malam gua terbaca blog kawan gua....kawan gua ni cikgu-cikgu juga lah...cikgu bahasa melayu...memang gua kenal sangat...satu maktab dengan gua...satu batch pulak tu...

gua baca entry berkenaan dengan penggunaan bahasa dan ejaan dalam penulisan blog....cikgu ni, kawan gua ni lah mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan singkatan dalam ejaan, contohnya yg, syg, sy, dsbg dan mencampurkan bahasa dalam penulisan...bahasa melayu dengan inggeris misalnya...

sebenarnya perkara-perkara yang melibatkan penggunaan singkatan dan mencampuradukkan bahasa ni cerita lama...dah ramai yang bangun menentangnya....gua dulu pun pernah juga sembang-sembang kosong pasal perkara ini...memandangkan gua hanya sembang kosong, jadinya kesan kepada diri gua sendiri semestinya kosong....

isi kandungan penulisan tu gua tidak mahu cerita...sebab gua hanya nak bagi tahu, selepas gua baca gua insaf...dan gua terus menaip perkataan-perkataan penuh seperti sekarang, dalam kelas, depan murid-murid gua...tengok...biasanya cerita-cerita mcm ni gua taip dalam dua perenggan je...sekarang dah jadi empat ke lima perenggan...

bila dah nak habis gua taip ni, gua cek balik perkataan-perkataan di atas...banyak lagi perkataan-perkataan yang gua eja dengan tidak betul dan penggunaan bahasa-bahasa yang tidak sesuai...itulah namanya perubahan, sedikit demi sedikit...

sebenarnya lagi macam ni...gua saja tulis ni sebab nak eksen boleh update blog depan murid-murid masa tengah mengajar...budak-budak dekat depan gua ni tengah mewarna....setakat lu orang update status facebook dalam bilik guru gua tak hairan....

kakakakaka....


Saturday, July 23, 2011

kepala blog

gua da boring tengok kelapa blog gua. gua bajet nak tukar lain. takde idea. salah satu sebab follower gua masih 6 orang. tak bertambah daripada minggu pertama. sebab kepala blog la. lepas gua tukar nanti kalau tak bertambah juga. gua tutup blog ni.

Wednesday, June 29, 2011

alip...alip...

Minggu lepas dah tersilap masuk kereta. Semalam nak keluar duit dari ATM, masukkan kad pengenalan. Hari ni nak boxer, terpakai G-String.

alip...alip....

Bulan lepas bancuh air, nak masukkan gula, termasukkan garam. Hendak ke tandas, tersilap pergi ke sampai kedai runcit cari rokok...

alip....alip...

Malam ni nak taip biografi kerja Cikgu Usop, tertaip benda ni....haishhh...

alip...alip....

Entah amende lagi lepas ni....


Tuesday, May 17, 2011

selamat hari guru masa kini

ok....mcm ni...mcm ni....dalam komponen pendidikan negara ada 3 perkara yang lu org semua kene fikirkan....pertama golongan ibu bapa, kedua golongan guru dan yang ketiga golongan murid.....golongan yang kedua ni merupakan org tengah bagi golongan pertama dan ketiga...

ok try fikir mcm ni.....golongan pertama yakni ibu bapa merupakan pemodal atau sumber.....golongan kedua yakni guru golongan pembuat atau pekerja....golongan ketiga murid adalah bahan....bahan yang lu org akan hasilkan......hahahaha.....

ok...ok...harap2 setakat ni lu org masih boleh faham.....

ok...skrg ni, lu di dalam situasi golongan kedua...tanpa golongan pertama dan ketiga lu org xkan dapat bekerja....

so, kalo lu org nak dpt kerja...kerja yang berterusan, lu org kene lah keluarkan hasil yang baik drpd bahan yang disediakan oleh pemodal.....so, mcm mane, blh faham....

ok...yg sbnrnye mcm ni....kebanyakannya bukan semua berdasarkan situasi sekarang....tugas guru tu mcm gua ceritakan td....tugas mendidik murid-murid ni sudah seperti 100% terletak di atas bahu guru...ibu bapa ni hanya mengeluarkan murid dan guru lah yang membina murid....baik atau buruk murid, baik atau buruk juga lah guru.....bukan baik atau buruk ibu bapa....

ok...kite tgk lebih luas lagi....jadi, untuk menjadi golongan pendidik masa kini, cabarannya cukup besar......daripada subjek math, hinggalah soal sembahyang, adab-adab, semua guru yang kene didik....ibu bapa...???bagi duit pegi sekolah.....kan..kan...????

nasib lu org la jadi cikgu zaman ni, bukan zaman dulu-dulu.....yang mana ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka...

so, bagi gua, gunalah teori 3 golongan diatas td....guru golongan kedua....golongan pekerja yang bekerja untuk pemodalnya....hahahaha.....kalo lu org pegang teori ni, golongan ketiga akan selamat....lu kerja keluarkan hasil yang baik-baik....

maka dengan itu, xde lah pelanduk yang mati ditengah-tengah gajah.....

satu lagi kene faham...tugas guru mendidik murid-murid, bukan mendidik ibu bapa....

Saturday, May 14, 2011

projek punk

"ok..cikgu tau...dr segi akedemik kamu ketinggalan jika nak dibandingkan dgn kawan2 kamu yg duduk kelas depan2 tu....jd cikgu nak, kamu ambik peluang dlm pertandingan ni utk kamu buktikan sesuatu kpd warga sekolah ni"....begitulah kata-kata cikgu rahman kpd pelajar sebelum menamatkan p&p math.....

...langkah je kaki kiri cikgu rahman keluar drpd kelas, mereka pon bersidang...open table kate mereka....faiz memulakan bicara sebagai kepala sambil didengar oleh din, pali, alif dan amin.....kepala punk sekolah..."ok kawan2...gua rs cikgu rahman sgt serius tentang hal ni...jd gua xnak kecewakan cikgu rahman" kata faiz kpd kawan punknya dlm keadaan mamai kerana dia tertidur semasa operasi punca kuasa dua diajar sbntar td.....

..so, lu org ada apa2 cadangan....???...amin mencelah....

"gua sebenarnya bukan malas belajar, tapi kelas kita ni nmpk mcm suram sangat....xde mood gua nak belajar....kalau boleh gua nak kelas ni kaler hitam.....barulah punk...barulah ade feel nak belajar...apa kata kita cat kelas kita ni...." cadang alif....

..."gua rs over bajet tu lif..." pali membantah....

"apa kata kita tukar budak2 pompuan kelas kita ni dgn awek2 kelas depan tu....barulah berseri-seri beb kelas kita...." din pula bangun mencadang....

"perghhh...!!!..susah tu din....susah....kita buat yang senang2 jer..."...ujar faiz...

...sekarang giliran pali pula mencadang..." gua kalau boleh, gua nak kelas kita ni ada satu taman, perghhh....!!! tenang beb belajar dalam taman ni....."

"perghhh..!!! baek punye cdngn lu pali" din menyokong...dan yang laen senyum tanda setuju...

....projek punk mereka pon bermula....faiz, din, pali, alif ke tapak projek bangunan makmal komputer yang belum siap di blkg kantin sekolah....lebih kurang 16 bongkah batu bata mereka angkat naik ke kelas....amin pula menyelinap masuk ke stor pekerja bersebelahan stor sukan angkat 2 keping plastik sampah hitam....

"so...barang sudah ada...ok....pali cepatlah start...kitorg tolong lu..."kata faiz....

...di satu sudut bhgn blkg kelas, pali pon mulakan dgn menyusun batu bata td menjadi bentuk segi empat seolah-olah kolam ikan setinggi 2 bongkah batu bata.....besar petak kolam tu lebih kurang sebesar meja murid....kemudian amin menghamparkan plastik sampah td di atas kolam tersebut....so skrg kolam tersebut tidak akan bocor sebab sudah di alas dengan plastik sampah....ok...sudah siap...

"perghhh...!!!!boleh tahan punk idea kolam ikan lu ni pali...."kata din...

sblm tu, alif ngn amin mengisi 1 baldi air kemudian memasukkan air tersebut ke dalam kolam....ternyata, kolam tersebut tidak bocor..........

perghh...!!!mereka pon bersorak gembira...hinggakan hisyam yg selalu tidur dalam kelas pon boleh terjaga dan sama-sama tepuk tgn tanda penghargaan.....

...kebetulan gpk hem lalu di hadapan kelas mereka....tdk senang dgn bunyi bising tersebut.."..diam semua...!!!apa yang kamu semua buat ni.."..tanya gpk hem..

lantas faiz selaku kepala punk menjawab..." kami sedang menghias kelas cikgu, nak masuk pertandingan keceriaan kelas...."

..."sebelom balik nanti sy nak jumpa kamu semua di padang sekolah...."kata-kata terakhir gpk hem sebelum beredar......

Thursday, May 12, 2011

ustaz celah mana ni..???

dari atas sampai ke bawah mmg dah kene sgt dah tu.....xde yang cela gua tgk....pakaian lu tiptop der....

....gua x kenal sgt lu tp gua tgk dari luaran je la......ikut pepatah gua " x semua buku kita kene nilai isinya, ada juga buku yang kite boleh nilai melalui luarannya " buku playboy misalnya....buat ape lagi lu nak buka baca kalau lu dah tau tulisannya x elok....

ok....ni bukan mslh buku....gua dah lame perhatikan lu kat Fb.....1st gua tgk ok jer lah....byk hadis2 lu post bagi kawan2 lu baca....insyAllah, itu lu akan dpt sbgai bekalan kat sana nanti.....tapi...!!!

tapi lama lepas tu gua buka balik Fb lu.....lu masih lagi kekalkan imej yang sama....dari atas sampai ke bawah mmg dah kene sgt dah tu.....xde yang cela gua tgk....pakaian lu tiptop der....tapi mslhnye skrg kat relationship lu dah engaged.....sbnrnye gua kenal awek lu jer....so gua tanye awek lu la btol ke dah bertunang....awek lu cakap biase jer...maen2....

perghhhh....!!!!!!

pastu gua selongkar lu punye wall....perghhh.....lu dah pandai komen sayang2 abang2 ngan awek lu ni....

gua jeles..????...pegi mati lah...!!!!!

gua bukan ape...xsalah dari segi masyarakat (bukan dari segi agama) kalau gua yang buat sayang2 abang2 tu....tapi mslhnye bukan gua tapi lu....lu tau x....lu, gua dah ibaratkan mcm dah memegang title ustaz....dalam wall lu pon ramai yang panggil lu ustaz....come on la ustaz, xkan x tau kita ni kalau boleh elakkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.....bila kita sudah meletakkan pandangan masyarakat setaraf ustaz kalau boleh elakkanlah buat mende2 mcm tu....

skrg pndngn gua dekat lu dah laen mcm.....gua igt lu saja menggunakan agama tuk menarik perhatian gadis2....bila gadis2 yang komen kat wall lu laju je lu balas.....bila jantan yang komen lu buat x tau jer...kan...kan.....

bukan setakat tu jer.....gua selongkar lagi.....lu jauh di utara tgh study....bila gua cek lu dgn gua ade lebih kurang 10 mutual friend....semua budak kampus gua dekat kolumpor ni hahhh....hahahahhaa....lu tau x....nak tau.....semua gadis.....

yang ni satu lagi, bila gua baca gua terus menyumpah....bangang...!!! mcm ni
ni yang lu post kat wall lu k.."

menjawab kata2 rumate kepada seseorg kpd driku : kenapa aku tk mahu sambut harijadi aku??sbb Rasulullah sendiri tk pernah nk sambut harijadi baginda....bahkan baginda sibuk dgn urusan dakwah....


wehh....come on la come on.....kalo dah x buat tu diam sudah la.....buat tu x salah asal jgn menyimpang cukup...niat sedekah jariah misalnya....dan x berlebih-lebih....paling koman pon lu call la orang tua lu ucap terima kaseh kerana melahir dan membesarkan lu....

bab hari jadi lu ikut Rasulullah....bab sayang2 abang2 love2 kat atas tu lu ikut sapa....sapa...!!!!

ok cukup....nanti gua pulak yang menyimpang.....kahkahkah.....ok....gua x suke org mempergunakan agama demi kepentingan peribadi....ini serius....gua x perlu minta pandangan peri cinta....

Tuesday, May 10, 2011

hidup indie

bila suram-suram, kelam-kelam mcm ni gua teringat dan mula rindukan zaman gua dulu-dulu...dulu-dulu maksud gua 2,3 tahun yang lepas....
...zaman dimana gua belom kenal saper peri cinta, zaman dimana gua keseorangan, zaman dimana gua masih lagi bercakap dengan dinding, batu-batu dan pokok-pokok.....

...senang citer zaman di mana gua bergerak secara solo....xde life tp gua mampu juga hidup lama....mcm mane gua boleh bertahan lame......sbbnye sbb xde life.....

....ok....yang terjadi semalam gua dah lupakan hari ini dan esok gua belom tentu hidup lagi....itulah pegangan gua masa tu.....lari terus dari prinsip seorang islam.....tanpa persediaan, tanpa muhasabah.....

tp....apa ada hal..!!! gua berjaya juga tidak menyusahkan orang laen....orang anggap gua gila....lu orang yang gila sbb nak susah2 pasal gua....sampai mcm tu skali gua punye indie....

so...tiap kali ari minggu gua akan panjat tingkat paling atas di plaza sungei wang....gua suke melihat budak-budak sekolah rendah ni hisap rokok, berpeluk-peluk dan segala macam....semua nya melayu....tanpa segan-silu.....di sana gua akan menyumpah seranah abis termasuklah kerajaan, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat2....hati gua memberontak...hati gua bertepik-tepik....

perghhhh.....!!!disanalah tempat gua melepaskan perasaan....tempat gua berkomunikasi dengan alam.....alam yang lu orang sedang nikmati.....semuanya buta......xnampak ape yang gua nampak...

bila balik gua akan singgah di kl sentral.....gua cari satu kerusi...gua duduk....gua memerhati....ade yang turun ade yang naik ascelator....ade yang masuk ade yang kluar LRT....x terkira....beribu-ribu orang gua congak....ade berlari ade berjalan ade berjalan berhenti-henti....

sibuknya dunia....semuanya mencari kehidupan.....kehidupan ape yang lu orang cari....kenapa mcm tu skali....kehidupan apa kalau masalah di sungei wang lu orang x peduli....

zaman ni gua akan kejam sesape saja yang gua x setuju....lalu depan je gua maki dalam hati....

sampai satu tahap gua mula sedar hidup indie gua mmg x pernah mendatangkan masalah, tp hidup indie gua juga x akan menyelesaikan masalah........