Saturday, April 30, 2011

note Fb part 3-kalau lah masa boleh diputarkan semula untuk si dia

Kalaulah masa boleh diputar semula, inginku beri bunga kepada orang yang sepatutnya dan mengatakan padanya, "Awak buat hari-hari saya ceria dan terang macam matahari yang senyum kepada burung-burung yang lalu terbang dengan megahnya -- lepas bebas meraikan kehidupan."

Aku mahu kita percaya yang masa itu hanya imbasan mata. Satu hari nanti pasti kita akan sedar yang ada salah dan silap telah kita buat tapi tak mampu diperbetulkan semula. Semoga bila kamu memandangku, kamu akan senyum kembali. Aku tak mahu kamu muncul dengan hati dan perasaan penuh rasa ragu kerana kesilapan yang terjadi.

Walau apa terjadi, kita harus terus senyum dan mengaku yang kita hanya mampu cuba mencipta takdir sendiri. Anggaplah itu semua adalah fasa-fasa hidup yang gila ini.

Suatu hari nanti, ketika kamu sedang tidur, aku akan duduk di sudut katil dan teringatkanmu sambil hari-harimu melangkah tanpa aku. Memikirkan ketawamu tanpa mataku. Memikirkan yang hatiku ada didalam kamu dan jiwaku sudah lama lenyap, ghaib -- hilang dalam kekeliruan yang kita sendiri tak dapat selesaikan. Memikirkan bayang-bayangmu yang mengikuti aku. Di depan, belakang dan sisi.

Aku takut akan wujud rasa-rasa pelik yang tak dapat nak ditolak.

Patutkah kita lari atau berdiri diam, biar dan cuba faham yang dunia ini memang gila.

Kalaulah masa boleh diputar semula.

No comments:

Post a Comment