Saturday, April 30, 2011

note Fb part 5- apa yang saya harapkan 'kamu' bukanlah si dia....

Suatu hari nanti, bila kamu pergi, kamu akan pergi dengan bergaya, sementara saya akan ditinggalkan dengan kesakitan dan derita....tiiidakkk..!!!!.. Tidak mengapa, sudah biasa. Pain is my brother.

Setiap hari, minit dan saat ini akan saya raikan. Sementara masih ada. Anggap sajalah ianya pinjaman. Macam buku-buku kat library dato' lokman musa tu 'walaupun saya jarang meminjam'. Dah habis baca nanti, pulanglah semula. Yang tinggal hanyalah cerita-cerita di setiap bab-bab didalam buku-buku yang telah habis dibaca, tersemat rapi didalam otak saya.

Kemudian, saya akan teruskan hidup macam biasa 'mengajar la kot'.

Pasti akan ada hari-hari yang saya akan teringatkan tentang kamu. Apa yang sedang kamu lakukan ketika itu? Makan apakah kamu hari itu? Minum apakah kamu? Atau, gembirakah kamu?

Waktu itu, mungkin saya akan nyanyikan lagu 'don't panic', nyanyian Coldplay untuk menenangkan hati sendiri. Atau, menyanyikan lagu-lagu yang kamu suka 'wedding dress' maybe.

Buat masa ini, saya mahu tenang-tenang. Saya mahu kita bergembira. Raikan apa yang kita ada. Bersama mereka di sekeliling yang turut menyayangi kita.

Berdua.

No comments:

Post a Comment