Saturday, April 30, 2011

note Fb part 4-adakah si dia masih ingat...

Agaknya, kita memang telah ditakdirkan untuk sebegini rupa. Ketika kedua-duanya sedang kesakitan dan dilanda keperitan. Ketika itu kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Setiap masa. Kita cuba hiburkan hati masing-masing yang luka. Kita cuba gembirakan perasaan kita dan kita tahu yang kita gembira bersama.

Kita lupa tentang kekecewaan yang melanda ketika itu, kerana kita ada kita. Kita berdua melawan seluruh dunia.

Walaupun ketika kita berjauhan berlainan benua, kita akan pastikan yang kita akan berkomunikasi sentiasa. Kita pernah ada sesuatu yang hebat.

Kita rasa apa yang setiap daripada kita rasa. Kita gembira bersama.

Tetapi, itulah, agaknya, memang sudah ditulis. Beginilah jadinya kita. sesuatu yang kita tidak mahu ianya berlaku.

saya harap kita mengakhirinya dengan hidup yang bahagia bersama............still love u forever n ever....

No comments:

Post a Comment